Mencari Tuhan DiDalam Salji
Saya tidak nampakdia jatuh,tetapi kinidia terduduk di atas saljidengan sebuah botol arak tergengam erat
di tangan kanannya.Saya terlanggar tanpa saya sedari.
"Maafkan saya,"kata saya sambil membongkok mahu menolongnya.
"Oh,tidak mengapa",katanya sambil berusaha bangun dari salji.Dia menyambut tangan bersarung yang saya
hulurkan kepadanya.
Ketika itu barangkali pukul enam petang.Saya dalam perjalanan pulang dari kuliah;dan saya berjalan cepat2 sambil
membongkok untuk melarikan muka dari deruan salji yang lebat turun menyerong pantas ditiup angin.
Ketika musim dingin begini,pukul lima petang sudah gelap.Dan dalam bergegas pulang dalam salji dalam
gelap itulah saya terlanggar orang tua itu.
"Maafkan saya",kata saya sekali lagi,sambil menariknya bangun.
"Barangkali salah saya juga",katanya.'Saya tidak nampak sausara",.
Ketika itulahsaya terbau arak dari nya.
Barangkali arak itu datang dari mulutnya,ataupun dari botol yang di pegangnya,ataupun kedua-duanya sekali.
Baunya bagaikan Wiski.
Lantas saya terfikir bahawa barangkali lelaki itu orang Red Indian,kerana di daerah ini kebanyakkan
pemabuk yang saya lihat ialah orang-orang Red Indian.Dan entah kenapa,selalunya saya berasa simpati terhadap para
pemabuk Red Indian.Saya rasa bagaikan mereka ingin merejamkan satu kekosongan dan kehampaan dan kehampaan
yang amat besar dengan bantuan arak.Entah betul,entah tidak sangkaan saya itu.Tetapi demikianlah perasaan saya selalunya.
Lelaki itu sudah berdiri tegak sekarang--sebenarnya dia berdiri agak membongkok macam saya juga,
kerana kami seolah-olah ingin melawan deruan salji dengan kebongkokan kami.
Lelaki itu tidaklah terlalu besar atau tinggi.Saya kira,barangkali dia sedikit tinggi dari saya.
Bila saya tenung mukanya,dengan kepalanya yang berserkup topi itu,nyata dia bukan orang Red Indian.
Dia seorang lelaki kulit putih--dan kalau di kampung saya,barangkali saya harus memanggilnya 'PAKCIK".
Umurnya barangkali50,barangkali 60,saya tidak dapat menduga dengan pasti kerana gayanya yang masih segak.
Angin bertiup dengan kencang dan bintik salji yang lebat menjunam-junam ke muka kami.
Orang tua itu tiba-tiba terhoyong.Dan saya menjangkau menangkap tangannya.Saya bimbang dia terjatuh kembali.
Saya pasti sekarang dia sedang mabuk.
Senja-senja bersalji begini orang tidak ramai lalu-lalang di situ.Kalau hari masih siang ramailah penuntut seperti saya simpang siur
pergi balik dari kuliah.Senja-senja bersalji begini kebanyakkan orang barangkali asyik menonton Tv di rumah
atau minum-minum di pekan kecil di simpang kampus.Dari tempat kami berdiri boleh nampak lampu-lampu bersinar di pekan kecil yang berhampiran.
Saya kasihankan orang tua itu;dan saya berasa bersalah kerana melanggarnya.Dan lagipun dia mabuk.
"Er,kemana tujuan saudara?"kata saya.Saya ingin memanggilnya 'PAKCIK' .Tetapi dalam bahasa inggeris tidak ada
istilah yang sesuai."Barangkali saya boleh menemani saudara ke tempat yang dituju".
"Oh tidak mengapa",katanya.saya tidak kemana -mana.Barangkali saya akan ke jalan washington.
Tapi itu tidak penting.Saya sedang MENCARI TUHAN katanya."
"Mencari Tuhan"?kata saya separuh terkejut.
"Barangkali saudara fikir saya mabuk'?katanya,sambil mula melangkah dalam salji yang tebal itu.
"Tidak",kata saya,sambil turut melangkah mengikutnya.Saya kini berpusing balik ke arah saya atang tadi.
Angin kencang menderukan salji ke elakang kami berdua.
"Saya mencari Tuhan", katanya lagi sambil melangkah."Barangkali Tuhan ada di dalam Salji".
"Barangkali",kata saya,sambil tersenyum didalam gelap.Saya membetulkan beg galas berisi buku di belakang saya
sambil berjalan beremba dengan orang tua itu.Kami melangkahperlahan-lahan di atas salji yang tebal.Dingin mengcengkam.
Sekarang angin di belakang kami tidak perlu membongkok.Salji terus menderu dengan lebat di atas kepala dan
belakang kami.Dan entah mengapa,saya terasa riang dan agak terhibur dengan cakap orang tua mabuk itu.
Tebing jalan tempat kami melangkah itu tebal dengan salji dan kami melangkah perlahan di dalam gelap.Sesekali kereta
menderu di jalan di samping.
"Saudara tidak pernah mencari Tuhan"?tiba-tiba dia bertanya lagi.
"Ada juga sekali sekala",kata saya ,sambil berseloroh dengannya.
"Saya telah lama mencari Tuhan",kata orang tua itu."Sekarang pun saya sedang mencariNya.Barangkali Tuhan ada didalam Salji",
"Barangkali juga ", kata saya"Tetapi kenapa saudara tidak mencari Tuhan didalam gereja?"Saya sebenarnya sudah memutuskan
untuk melayan orang tua mabuk itu dengan cara bergurau.
"Dalam Gereja?"katanya."Tuhan tidak ada di dalam gereja!Yang ada cuma manusia dan patung-patung buatan manusia itu sendiri."Tapi dalam gereja orang bercakap tentang Tuhan",kata saya.
"Oh ,jawabnya,orang tidak boleh bercakap tentang perkara yang mereka tidak tahu".
"Tapi para paderi dalam gereja tetu tahu tentang Tuhan?"kata saya separuh menyoal."
"Tidak", saya bukan orang yang kamu sangkakan",.Saya beragama Islam, sudah lama saya tinggalkan kampung halaman saya".kata orang tua itu pada saya."Maafkan saya saudara,rupa2nya saudara ini orang melayu"?kata saya.....
Orang tua itu hanya mampu menangguk kan kepala tanpa sepatah ayat yang keluar dari mulutnya.lantas dia menyambung bicaranya."Semua paderi itu bercakap tentang tuhan seolah-olah Tuhan itu Manusia.Mereka bercakap tentang tuhan dari taraf
kesedaran yang terlalu rendah.Mereka menganggap Tuhan macam Manusia.Kalau Tuhan macam manusia,Dia Manusia.
Kalau manusia,Dia bukan Tuhan,.Tuhan tidak ada dalam gereja."
Kami berjalan terus.
"Barangkali Tuhan ada dalam "syn-agogue atau masjid?"kata saya."Oh tidak",kata orang tua itu."Tuhan tidak ada dalam synagogue orang yahudi ataupun dalam masjid orang islam.Yang ada cuma manusia dan patung juga".
"Dalam masjid tidak ada patung",kata saya.
"Mana saudara tahu?"
"Saya orang Islam".
"Oh,Namun,saya fikir tuhan tidak ada dalam masjid",katanya.Dia berhenti melangkah.Dia berdiri tegak-tegak,melangutkan mukanya,mengangkat botol arak di tangan kanannya dan melanggah arak dari botol itu.Kemudian dia menyapu bibir dengan belakang tangan bersarung dan mempelawabotol itu kepada saya.Saya menolak engan ucapan terima-kasih.kemudian
dia mula melangkah kembali;dan saya masih mengikutnya lagi."
"Apakah saudara juga orang Melayu yang beragama Islam?"tanyanya tiba2.
"Ya saya orang melayu .yang datang kesini untuk menimba ilmu",kata saya pula."Orang malaysia",kata saya lagi......."Begitu ya......kata orang tua itu.
"Saya juga asal dari Malaysia,tapi sudah lama menetap di sini', katanya lagi.
Orang tua itu bercerita pada saya asal-usulnya,dan perjalanan hidupnya di negara asing ini.
Dia pernah bertemu jodoh dengan gadis disini.Namun isterinya telah pergi meninggalkannya,
bukan untuk selama-lamanya,Akan tetapi mncari kehidupan yang bebas bersama kekasih yang baru.Sambil bercerita
,saya lihat ada lihat ada manik2 jernih menitis dari bebola matanya.
Mungkin hatinya disiat begitu parah sekali,sehingga menyebabkan orang tua itu menangis.
Saya turut bersimpati dengan ceritanya.Lantas dia terus mengakhiri kisah hidupnya disitu saja.
Namun di hati saya masih berserabut dengan seribu persoalan.Ingin terus bertanya,namun saya diamkan saja
tidak mahu hatinya terus diusik memori silam.
'Adakah saudara penuntut disini?"Dia menunjukkan palingan muka ke arah kampus universiti yang lengang di samping sebelah
kanan kami.
"Ya saya belajar disini".
"Tapi tuhan itu tidak ada di Universiti bukan?"
"Ya tuhan tidak ada di universiti.Ilmu pun tidak ada.Yang ada cuma maklumat dan sedikit sebanyak pemikiran."
"Apa yang saudara pelajari di Universiti?"tanyanya.
"Oh sedikit sebanyak sampah".
Dia ketawa.wajah nya cukup manis bila tersenyum dan ketawa.
"Betul tu,"katanya."Orang lebih gemarkan sampah daripada mencari sesuatu yang lebih bermakna.Tugas manusia
ialah mencari Tuhan".
"Adakah saudara pernah mencari Tuhan?'saol saya.
"Tidak,"jawabnya."Sudah lama saya mencari Tuhan merata-rata..Tapi Tuhan tidak ada.Itulah saya terus mencariNya.
Barangkali Tuhan ada di dalam Salji".
"Barangkali Tuhan tidak ada didalam salji",kata saya pula.
"Barangkali juga",katanya.
Kami terus melangkah ke arah jalan washington yang barangkali masih tiga suku batu jauhnya.
Salji terus mencengkam juga.
"Saudara orang Islam kan?' dia bertanya lagi.
"Ya".
"Barangkali Tuhan itu ada di Mecca?'
"Entahlah", kata saya.
"Bukankah Mecca itu tempat suci orang -orang Islam"?
'Ya",
"Barangkali Tuhan itu ada di sana",katanya lagi.
"Entahlah",kata saya.
"Hamzah Fansuri pernah mencari Tuhan di Mekah.kata Hamzah Fansuri,dia tidak menjumpai Tuhan disana."
"Siapakah Phansoory itu?' kata orang tua itu dalam telo orang inggerisnya itu.
"Oh dia ahli fikir bagsa saya.Setengah orang menganggapnya ahli Sufi.Dia hidup dan menulis kira-kira lima enam ratus tahun
yang lalu."
'Apa kata Phansoory tentang Tuhan?'
'Saya tidak ingat dengan pasti."kata saya"Tetapi Hamzah Fansuri pernah pergi mencari Tuhan di Mekah."
'Apakah dia menjumpai Tuhan disana?"
"Tidak."
'Kemudian?'
"Selepas mencari dan tidak menjumpai Tuhan di Mekah,Hamzah Fansuri pulang ke kampungnya".
"Di rumahnya?'
'Ya .Barangkali di rumahnya ada Tuhan.
"Menarik,"kata orangtua itu.'Barangkali saya harus pergi mencari Tuhan di Mecca satu hari nanti".
Kami sampai di sebuah perhentian bas di tepi jalan.Orang tua itu masuk ke bangunan perhentian bas yang
berbumbung dan berdinding kaca itu.Dan saya turut masuk ke perhentian kecil itu.Kami tiba-tiba terlepas dari deruan salji, dan angin dingin yang kencang pun tidaklah begitu terasa.
Orang tua itu duduk di bangku kayu yang basah dengan salji cair,dan saya pun turut duduk.Dia mengangkat
botol,melangut,melanggah arak,mengesat bibir dengan belakang tangan bersarung,dan menghulurkan botol kepada saya.Saya
menolak dengan ucapan terima kasih.
"Barangkali saya harus menunggu bas aja,"katanya.
"Ya'. kata saya."Adakah saudara akan naik bas juga?"
"Tidak rumah saya disana."kata saya sambil menunjuk."Saya akan berjalan pulang,"
"Saudara harus terus mencari-cari didalam salji,"katanya.
"Ya,"kata saya ,sambil tersenyum didalam gelap."Saya akan mencari di dalam perjalanan pulang."
"Siapa tahu,"katanya."Saudara mungkin bernasib baik,"
"Ya ,"Siapa tahu."
Sebentar kemudian sebuah bas menderu datang.Ia berhenti di perhentian.Pintunya yang dikawal secara eletronik
itu terkopak membuka.Orang tua itu bangun perlahan-lahan,keluar dari perhentian,dan melangkah ke tangga bas.
"Selamat Tinggal katanya".
"Selamat jalan,kata saya."Brangkali Tuhan tidak ada di mana-mana,tetapi Dia ada di mana-mana,"
sambung saya tiba-tiba.
Ketika itu saya terlihat botol arak orang tua itu tertinggal,tercegat berdiri dalam samar gelap di atas bangku kayu
di perhentian bas.
Saya berpusing dan berjalan membongkok dengan pantas didalam gelap itu sambil mengenangkan kisah orang tua itu.
Dalam kesayupan meninggalkan orang tua itu.Hati saya benar2 tersentuh.Orang tua itu asalnya di bumiku Malaysia.
Kini telah berhijrah ke kota salji ini.Telah lupa adat dan budaya serta asal usulnya sendiri.
Mencari-cari Tuhan yang tidak juga di temuinya.
Lupa akan bahasa ibunda. tidak tahu lagi ikatan kain pelikat.menyedut rokok daun nipah.bertandang ke rumah saydara mara
.Merahnya sirih bila dikunyah.Menjala ikan di pinggir kali.Kehidupannya kini sama seperti orang kulit putih
di negara salji tebal itu.Arak menjadi teman dan Tuhannya.
"Lantas aku berkata2 sendiri..........
"Tuhan itu tidak perlu dicari hingga ke hujung dunia,"
"Tuhan itu ada di Rumah kita rupa-rupanya.Dia menunggu kita 5 kali sehari,di atas sejadah yang kita bentangkan sewaktu
azan berkumandang.Tuhan itu tidak perlu jauh dicari...hanya ada di rumah dan di hati kita........"
THE END............MENCARI TUHAN DI DALAM SALJI. (1987) PENULIS LINA AZMAN 5 SASTERA.
Hello there! Here is a list of fabulous food, music, news, videos, graffitis, comments from the guestbook, and images of the world in pictures. Feelings of worth can flourish only in an atmosphere where individual differences are appreciated, mistakes are tolerated, communication is open, and rules are flexible, the kind of atmosphere that is found in a nurturing world. Kiss your Mom and Dad, tell them that you are loved. May you live forever in happiness and good health. LoL, Zalina and Mail
Fauziah Gambus,Wann, Ajai n Nurul,Broery Marantika, Dewa 19, Geisha ,
Sunday, May 16, 2010
MENCARI TUHAN DIDALAM SALJI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment