Fauziah Gambus,Wann, Ajai n Nurul,Broery Marantika, Dewa 19, Geisha ,

Wednesday, April 29, 2015

JOHARIWINDOWS

JOHARIWINDOWS








MEE GORENG BASAH

Bahan-bahan

• 1 bungkus mee kuning

• 4 biji bawang merah ditumbuk

• 2 ulas bawang putih ditumbuk

• ½ inci halia ditumbuk

2 ekor sotong di potong bulat

12 ekor udang

200 gram isi kerang yang telah direbus

2 pokok sawi pak choy

taugeh

2 sb cili boh

2 sb minyak masak

1/2 sb sos tiram

4 sb sos tomato

1/2 sb kicap pekat

3 cawan air

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa
Cara membuatnya

1.Panaskan minyak. Tumis semua bahan yang ditumbuk hingga naik bau. Masukkan
cili boh dan tumis hingga pecah minyak.

2.Masuk sos tomato,sos tiram,kicap pekat, air dan kacau sehingga mendidih.

3.Masukkan udang, sotong dan kerang tunggu sehingga masak. Kemudian perasakan
dengan garam dan gula ikut selera masing-masing.

4.Masukkan mee kuning dan gaul sebati. Masukkan pula sawi. Kalau nampak air mcm
dah kering atau tak cukup basah boleh tambah lagi sedikit air.

5.Kecilkan api dan masukkan taugeh. Kemudian gaul mee supaya sebati. Apabila
semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api. Dan terus pindahkan mee ke
dalam pinggan.

No comments:

Post a Comment