Fauziah Gambus,Wann, Ajai n Nurul,Broery Marantika, Dewa 19, Geisha ,

Friday, July 10, 2015

ETS KL-Padang Besar bermula hari ini

ETS KL-Padang Besar bermula hari ini



KUALA KANGSAR 9 Julai - Perkhidmatan Tren
Elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Kuala Lumpur-Padang
Besar akan bermula esok.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai
berkata, buat permulaan perkhidmatan tersebut akan dilakukan sebanyak dua kali
sehari iaitu satu perjalanan dari Kuala Lumpur-Padang Besar dan satu perjalanan
dari Padang Besar-Kuala Lumpur.
Kata beliau, tren yang mempunyai enam gerabak
itu boleh memuatkan 312 penumpang bagi satu perjalanan.
“Sempena Aidilfitri yang bakal disambut minggu
depan, saya telah mengarahkan KTMB untuk beri perkhidmatan bagi laluan tersebut
(Kuala Lumpur-Padang Besar). Nampaknya kita boleh mula esok kerana telah dapat
kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
“Kita menjangka ini akan mendapat sambutan orang
ramai kerana perjalanan lebih cepat dan selesa, selain pelbagai kemudahan lain
yang turut kita sediakan untuk kemudahan penumpang,'' katanya dalam sidang
akhbar di Stesen Kereta Api Kuala Kangsar di sini hari ini.
Terdahulu, dalam program lawatan kerja beliau ke
Batu Gajah, Tiong Lai bersama-sama pegawai Kementerian Pengangkutan, Keretapi
Tanah Melayu (KTM), SPAD dan media dibawa menaiki tren baharu ETS dari Stesen
Kereta Api Batu Gajah ke Kuala Kangsar.
Sebelum itu, beliau turut meninjau dan dibawa
melawat kilang CRRC Rolling Stock Malaysia (CRRC) yang membina kemudahan
pembuatan kereta api dan lokomotif.
Yang turut serta Pengerusi Jawatankuasa
Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan
Kampung Baharu negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon, Presiden KTMB, Sarbini Tijan;
Pengerusinya, Datuk Ir. Nawawi Ahmad; Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan,
Datuk Dr. Ismail Bakar dan Naib Presiden CRRC ZELC, Luo Chong Fu.
Tambah Tiong Lai, perjalanan dari Kuala Lumpur ke Padang
Besar akan melalui 28 stesen yang mengambil masa 4 jam 45 minit.
“Bagi tambangnya pula, setiap kilometer (km),
kita kenakan tambang sebanyak 13 sen. Jadi kalau dari Kuala Lumpur-Padang Besar
tambangnya sebanyak RM81 manakala Ipoh-Butterworth RM22.50.
“Tren ini bersifat inter-city dan bukannya
secara ekspres,'' katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai tren baharu
tersebut, Tiong Lai berkata, kerajaan telah membeli 10 tren baharu dengan kos
RM506 juta untuk perkhidmatan di sektor utara sehingga Padang Besar.
“Setakat ini, tren baharu ini masih belum dapat
beroperasi kerana dalam proses pemeriksaan tren dan landasan oleh SPAD. Kita
akan cuba
mendapatkan kelulusannya secepat mungkin,'' katanya.


- See more at:
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ets-kl-padang-besar-bermula-hari-ini-1.112462#sthash.X2dixp8C.dpuf

No comments:

Post a Comment